Online : 22 User
Total :
MEDIA
Aktiviti hujung minggu di MAEPS22 November 2008 TAPAK Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang menjadi tapak kekal Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA)di Serdang kini akan menjadi meriah setiap hujung minggu. Ini berikutan usaha yang diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengadakan pelbagai aktiviti di situ setiap Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program yang dikenali sebagai Aktiviti Hujung Minggu' mula diadakan sejak 1 November 08 lalu dan boleh disertai oleh semua secara percuma antaranya Argo Hunt, Kelab Tani Sekolah, Kelab Sukarelawan Maeps disamping aktiviti di sekitar laman-laman. 1) Aktiviti Asas Luaran Pameran dan Jualan di Laman-laman
2) Pasar Lambak/Car Booth di kawasan 14 pavilion negeri
3) Mencari Harta Karun
4) Penubuhan Kelab Tani Sekolah 5) Penubuhan Kelab Sukarelawan MAEPS 6) Aktiviti luar dan rekreasi –Acara Berkuda
–Acara Permotoran
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di 03-89484699/4596.
Pengunjung MAHA cecah 1 juta sabtu ini21/08/2008- Utusan Malaysia SERDANG 21 Ogos - Bilangan orang ramai yang berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dijangka melebihi 1 juta orang pada Sabtu ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, MAHA 2008 yang akan melabuhkan tirainya pada hari tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai apabila pesta jualan murah turut diadakan.
''Sambutan MAHA pada kali ini jauh lebih baik berbanding dua tahun lalu dan hari ini sahaja pengunjung yang datang mencapai 750,000 orang.
''Saya menjangkakan bilangan pengunjung akan bertambah lebih-lebih lagi jualan murah turut dibuka kepada orang ramai pada Sabtu ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu melawat Bilik Media di MAHA 2008 di sini hari ini.
Menurut Mustapa, berikutan sambutan yang cukup menggalakkan, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan aktiviti jualan pertanian pada setiap hujung minggu di tapak MAHA.
Jelas beliau, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Pelancongan bagi memasukkan aktiviti tersebut ke dalam kalendar pelancongan agar ia dapat dijadikan sebagai pusat tumpuan pelancong luar negara dan tempatan.
Katanya lagi, kementeriannya juga bercadang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan laman landskap pada penganjuran MAHA akan datang.
Sementara itu, Mustapa turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada media tempatan yang membuat liputan meluas sepanjang MAHA 2008 berlangsung.
''Saya amat berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan yang cukup meluas bagi mempromosikan MAHA 2008 sehingga menerima kunjungan luar biasa daripada orang ramai," ujarnya.
TPM puas hati perjalanan MAHA yang hebat14/08/2008 7:02pm SERDANG 14 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA 2008) yang dianggap lebih hebat berbanding sebelum ini. Menurut beliau, kehebatan itu bukan diukur dari segi saiz atau pemilihan tempat tetapi dari segi pengisian yang menampilkan produk-produk dan teknologi terkini dalam pertanian moden. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat MAHA 2008 di sini hari ini. - Utusan Paling hebat, bermutu tinggi - NajibSERDANG 14 Ogos - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dianggap paling hebat dan bermutu tinggi berbanding sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau, kehebatan MAHA 2008 kali ini bukan semata-mata dari segi saiz ruang pameran dan kemudahan infrastruktur. Sebaliknya kata beliau, pameran kali ini dilihat dari segi pengisian yang berkualiti apabila menampilkan produk bermutu tinggi, pemerosesan dan teknologi pertanian yang disebut-sebut sebagai pertanian moden. ''Saya amat berpuas hati dengan perjalanan MAHA kali ini kerana ia jauh lebih hebat berbanding MAHA sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di MAHA 2008 di sini hari ini. Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan. MAHA 2008 yang berlangsung selama 13 hari disertai sebanyak tujuh buah kementerian, 20 jabatan dan agensi serta 13 negara termasuk Australia, Thailand, Brunei dan Filipina. Sehubungan itu, Najib meminta orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi MAHA 2008. Menurut beliau, orang ramai harus melihat serta menghayati dan memahami pertanian moden yang menjanjikan peluang perniagaan yang menguntungkan. ''Bidang pertanian moden boleh memberi keuntungan yang lebih baik dengan syarat kita menggunakan teknik dan cara proses yang moden tetapi lebih menjimatkan,'' katanya lagi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau yakin orang ramai akan lebih memahami pertanian moden yang dimaksudkan berdasarkan produk-produk dan teknologi pertanian yang dipamerkan pada MAHA 2008 ini. |